Friday, 5 August 2011

Mustahilkah ? ? ?

Assalamualaikum readers......

mcm mana perjalanan puasa korang hr ni??is it going smoothly......apa menu berbuka korang hr ni???fadz x sure lg menu berbuka hr ni...sbb td plan nya dgr bdk rumah ni nk pg beli kt food court kt campus ni je.tp,td ada member ajk pg bazar plak...so,plan dh bertukar...menu pon dh tak tahu nk mkn apa...hehehe.....ok lah.....hr ni fadz nk share 1 topik ni dgn semua yg sudi singgah blog yg biasa2 je ni.......

before tu,fadz nk bgtau apa yg mak selalu pesan kt fadz...mak kata selalu la bc bhn2 tazkirah or dgr ceramah2 agama...sebab 40hr kita tak penah dgr apa2 ceramah,1 titik hitam akn terhasil kt hati kita..Na'uzubillah....kita semua tak nak kan semua tu terjadi....tp sskrg ni ceramah agama kita senang je nk dgr..sementara nk bersahur tu korang try laa buka tv9 ke astro oasis ke,insyaAllah akn ada ustaz2 yg tgh bg tazkirah di pg hari....so,there are NO EXCUSES!!!!ok,korang........back to topic......

MUSTAHILKAH????apa yg mustahilkah ni???

mustahilkah untuk melakukan perubahan?


mlm td fadz rs mcm hiba sgt2....teringat kt abah......teringat kt atok...teringat akn kekhilafan diri di masa lalu.....setiap manusia ni ada kesilapan masing2,kan......setiap manusia tak akan lari daripada melakukan sebarang kesilapan....betul tak?????

mustahilkah?susahkah?pasti jawapannya tidak mustahil...tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah)......
tiba2 terfikir satu persoalan....mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif???adakah kerana diri ini lemah???lemah untuk melawan godaan syaitan?tak dinafikan.....diri fadz pon mcm tu......bila nak berubah ke arah kebaikan je,mst mcm byk halangan nya.......byk dugaan dan ujiannya....sehinggakan fadz rasa berputus asa......
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
tarik nafas dalam2...ambil masa,fikir sejenak.yg mana lebih kita kejarkan????perubahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?of course yang lebih baik.tp kita tak dapat untuk nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
kadang2 untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan gangguan manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

try kita pesan kat hati kita....janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata2 negatif terhadap diri kita, kerana kalau kita terpengaruh dengan kata2 tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.....fadz cakap ni untuk diri fadz sekali..kita sama2 muhasabah diri....sama2 renung dalam2 ke dlm diri kita..........tgk kat mana sebenarnya jalan kita...kita berada di jln yg betul atau tidak.........
percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.....
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita?adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani?yang mana akan datang dulu?sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya....
if kita rasa, perubahan fizikal seperti perwatakan luaran,maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu,andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih,so latihlah hati dulu....kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus.insyaAllah....mari mulakan langkah kita bersama,kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.....manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun.....jangan biar jalan kita dihiasi dengan sikap malas dan berputus asa...........

ok,readers.........sama2 kita bermuhasabah diri yer...sama2 kita saling mengingati dan saling menasihati atr satu sama lain......fadz ada sorang sahabt yg sentiasa takkan biarkan fadz keseorangan berada di jalan fadz...Alhamdulillah la...kami bersama dr diploma dan sehingga skrg ni degree pon still belajar di tmpt yg sama lg.......Allah tu sentiasa bantu hambaNya yg ingin berubah,kn.....sama2 lah kita yer.....tu jer........jmp lg dlm entry yg lain......=)

2 comments:

  1. http://bilamasaada.blogspot.com/2010/12/kronik-kah-penyakit-tu.html


    postni umpama menjawab persoalan aku dulu....ngeee

    ReplyDelete
  2. @sampah hitam : persoalan yg mne 1 tuh?????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Life's short : Dream & Achieve

Daisypath Anniversary tickers